setiap orang perlukan kawan, teman, geng. orang2 yang kita boleh berhubung.tapi apakah itu kawan? geng warung kopi? member seperjuangan? member lepak2?rakan2 sekolah atau kawan2 yang bersama kita semasa kita kecil? tiada prejudis. tiada perbezaan. tiada pertandingan. tiada persaingan.sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak dunia bukan hanya hitam dan putih.takda hal. sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat memang senang dan pantas. tak payah keluar rumah. tak payah bangun dari kerusi. tenung skrin komputer. keletak keletuk je keyboard. boleh suka benda yang sama. tak suka pun takpa. kenal tak kenal belakang cerita. risiko kita tanggung sendiri kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tak boleh diduga.kita meneruskan perjalanan hidup mencari kawan, teman dan rakan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada dihadapan kita. hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali.hanya menunggu keadaan yang menentukan arah persahabatan.
seperti surat2 kiriman kenalan yang dekat dan jauh. kita mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain.membawa bersama kenangan manis dan impian hidup yang ingin kita kongsi.seperti sebutir habuk yang ditiup angin. kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan. kita memikul beban pengalaman pahit yang ingin kita tinggalkan. kisah silam yang ingin kita lupakan.berpegang kepada harapan untuk memulakan hidup yang baru. satu hari kita akan sedar. melakukan kesilapan adalah satu lumrah perjalanan hidup yang akan mendewasakan kita.
nak taknak, kita terpaksa membuat pilihan dan berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam meneruskan pengembaraan yang tidak dapat dielakkan. pengembaraan yang akan membawa kita ke tempat yang baru dan yang akan membawa kita pulang.
terikat terkongkong terkurung. kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama yang mengikut kita kemana sahaja kita pergi. kita tak boleh lari tapi kita beranikan diri.tabah untuk mencari ruang untuk mencari kebebasan. akhirnya ruang membuatkan kita leka lupa dan lalai.memaksa kita berfikir. membebankan kita. membebaskan kita. melemas dan menelan kita semula.
kadang2 kita lupa, bercakap bukan sekadar bercakap. mendengar bukan sekadar mendengar.
tetapi kita mencari jalan penyelesaian. mencari persefahaman. kita sedang meluahkan perasaan, isi hati dan keinginan untuk difahami. bila kita gagal untuk berkata kata, kita memerlukan seseorang untuk membantu. kita memerlukan seseorang untuk memahami kekusutan dunia kita. jadi kita kembali untuk mencari dengan penuh harapan. si dia yang telah kita kehilangan. tanpa menyedari, kita sudahpun bertemu dengan pengisi kekosongan dan pengganti tempat kita mengadu.
bila dunia kita lumpuh, kita belajar untuk bangun semula. kita makan, minum dan membuang masa seperti biasa. tanpa menyedari segalanya telahpun berubah. kita mungkin kehilangan peluang untuk berkata kata. dan kita mungkin terkapai kapai untuk bersuara. tetapi kenangan dan dan pengalaman yang kita genggam selama ini akan menjadi pengikat persahabatan yang bakal kita jalinkan.
setiap yang kita lakukan mesti kena dengan caranya. nak buat minuman sedap, gula, air, susu mesti secukup rasa. nak masak lauk, kena pilih bahan. kena pandai kawal api dan sukatan rencah perlu dengan tepat. tak lebih tak kurang. untuk menjadikannya sesuatu yang boleh dinikmati. setiap kesilapan boleh menjejaskan. seperti juga dalam bercinta. lebih kurang sama saja. itu dan ini mesti ada. mesti ada keinginan, dan mesti ada kemahuan. baru bole suka sama suka. dalam persahabatan kita perlukan keserasian dan keikhlasan. barulah boleh ngam. dan dalam kenal mengenal antara satu sama lain pula, mesti ada kesabaran dan kesefahaman. akhirnya bila kita bertemu dan saling berkenalan, bila kita sudah sehaluan, hanya masa yang akan menentukan perjalanan persahabatan kita.
menunggu. rasanya sepanjang hidup kita, kita asyik menunggu. menunggu masa. menunggu peluang. menunggu nasib. menunggu tanpa penghujung. sehingga kita asyik bertanyakan bila, bila dan bila. atau sampai bila. tetapi walau macam mana bosan, jemu dan jenuh menunggu, kita terpaksa menunggu. dah jadi macam satu pekerjaan. atau satu bidang yang tidak mendatangkan hasil. tapi kadang2, menunggu tu kita rasa berbaloi jugak. bila kawan2 ada disamping kita. bila semuanya diluar kawalan kita, apa yang kita boleh buat? selain menunggu dan mengharap. menunggu dan lihat.
apabila kita sedar dunia yang kita bina sebenarnya rapuh dan mula retak, kita cuba sedaya upaya untuk berdiri dan bertahan. kerana itu saja yang mampu kita lakukan. dan kesunyian yang membelenggu diri menjadikan kita semakin teringin untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan. kita tahu. nukan tak tahu. kita perlu berani membebaskan diri. berani untuk melupakan kenangan silam dan mencari ketenangan. tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini, selangkah demi selangkah. bergelut dengan diri sendiri. dan berhadapan dengan beban yang datang mencari. kita hanya boleh bersedia, dan menunggu peluang untuk merampas kembali apa yang telah hilang.
we are born as "i" or "me". but we spend our time looking for friends and mates as our gang. looking for friends who we can relate to. looking for our soul mates. looking for "us" to be "us".
LIFE
0 comments:
Post a Comment